IPOH: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan
duduk di kerusi dan terdapat sepucuk pistol di bahagian pahanya di dalam bilik
sebuah hotel di Jalan Sultan Abdul Jalil di sini, petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata lelaki berusia 69 tahun itu ditemui mati kira-kira pukul 6 petang oleh seorang pekerja hotel berkenaan.
"Pekerja hotel yang melakukan pemeriksaan di bilik berkenaan terkejut apabila menemui mayat mangsa dalam keadaan berdarah di bahagian mulut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Sum berkata kecederaan dalam mulutnya dipercayai kesan daripada tembakan.
"Tiada peluru
dalan pistol. Polis menemui sebutir peluru serta dompet dan telefon bimbit di
dalam beg mangsa," katanya.
Sum berkata berkata mangsa yang berasal dari Taman Intan di Pasir Puteh di sini, yang menginap di hotel berkenaan sejak semalam sepatutnya mendaftar keluar pada 12 tengah hari tadi.
Katanya mangsa dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang
24 jam dan tiada kesan kecederaan lain ditemui pada tubuh badan mangsa.
Sum berkata polis telah memeriksa rumah mangsa dan
mendapati rumah berkenaan tidak berpenghuni, namun hanya terdapat sebuah kereta
dan motosikal.
"Lelaki itu pergi ke hotel berkenaan menaiki
teksi," katanya.
Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada mangsa dibunuh atau menembak dirinya sendiri.
Beliau berkata polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada mangsa dibunuh atau menembak dirinya sendiri.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Raja Permaisuri
Bainun dan bedah siasat akan dijalankan esok.