PEKAN: Seorang anggota polis
pengiring yang dalam perjalanan untuk bertugas maut selepas motosikal berkuasa
tinggi yang ditunggangnya merempuh seorang pejalan kaki yang juga anggota polis
di Kilometer 6, Jalan Kuantan-Pekan dekat sini, tengah hari tadi.
Koperal
Helmee Akhsan Yahya, 29, dari Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Pekan maut semasa menerima rawatan di Hospital Pekan.
Pejalan kaki
itu, Koperal Amran Abdullah, 48, dari Cawangan Tugas Am di IPD yang sama turut
meninggal semasa mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital
berkenaan pada jam 4 petang.
Ketua Polis
Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman, berkata dalam kemalangan jam 1.20
tengah hari itu, Helmee Akhsan dalam perjalanan menghala ke Ubai untuk
bertugas.
Beliau dikatakan cuba mengelak Amran yang sedang melintas jalan namun gagal
lalu merempuhnya.
"Akibat
itu motosikal Helmee terbabas dan melanggar pasu bunga di atas pembahagi jalan
sebelum dia terpelanting," katanya kepada Bernama.
Punca
sebenar kemalangan sedang disiasat, katanya.
- BERNAMA