KUALA LUMPUR: Polis tidak akan bertolak ansur terhadap dua anggotanya yang
didakwa merogol dan memeras ugut seorang pelajar kolej berusia 19 tahun,
sekiranya disabitkan kesalahan.
Pengarah Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zubaidah Md Ismai
berkata, dua anggota polis yang ditahan pada Ahad turut digantung kerja
(digantung dengan bergaji) daripada menjalankan tugas mereka.
"Terdapat dua siasatan, satu
siatan jenayah dan satu lagi siasatan disiplin.
"Sudah tentu sekiranya mereka
didakwa, mereka akan digantung tugas secara automatik," katanya ketika
dihubungi pada Isnin.
Pada Sabtu, seorang remaja membuat
laporan polis mendakwa dua anggota polis menahannya bersama teman lelaki yang
melakukan hubungan seks di dalam sebuah kereta di Kota Damansara pada 26
Januari lalu, dan telah mengambil kesempatan terhadap dirinya.
Mangsa mendakwa seorang pegawai
membawanya ke sebuah pusat beli-belah berdekatan, dan memaksanya melakukan
seks oral di dalam keretanya sebelum merogolnya di tandas pusat beli-belah
berkenaan.