Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Seorang pengawal
keselamatan berusia 67-tahun menembak mati seorang anggota kumpulan perompak
yang menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi meruntuhkan premis pengurup
wang di sebuah pasaraya di Maluri, Cheras di sini hari ini.
Mohanraj Raman, 30, yang
bersenjatakan parang mati di tempat kejadian dalam kejadian kira-kira 11 pagi
di Aeon Hypermarket.
Mohanraj, dari Coalfield Estate,
Sungai Buloh, terkena tembakan di dada.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Asisten Komisioner Kanan Zainuddin Ahmad berkata, dalam insiden itu,
kumpulan empat suspek yang memakai topi keledar 'bercermin penuh' itu terlebih
dahulu melanggar premis berkenaan dengan MPV secara berundur beberapa kali.
Ini mengakibatkan struktur premis
itu, terletak di luar pasaraya tersebut runtuh.
Menurut Zainuddin, seorang daripada
suspek menggertak seorang pekerja di situ dengan parang supaya menyerahkan
wang. - Bernama