Jumaat, 29 Mei 2015

TAHNIAH DATUK JAMSHAH MUSTAPA


KUALA LUMPUR 28 Mei – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat seramai 24 pegawai kanan polis berkuat kuasa bulan depan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa yang mengetuai senarai tersebut dinaikkan pangkat sebagai pemangku Senior Deputi Komisioner (DCP) dengan memegang jawatan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menggantikan Datuk Zubaidah Md. Ismail yang bersara wajib.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman, Datuk Leo Chong Cheong turut dinaikkan pangkat sebagai pemangku Senior DCP tetapi kekal dengan jawatan lama.


Kenyataan tersebut memberitahu, seramai 15 pegawai kanan berpangkat SAC dinaikkan pangkat pemangku DCP dan dua daripada mereka ialah Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Zainal Abidin Kasim yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Operasi, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Datuk Hasnan Hassan dengan memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Perak.

“Tujuh lagi ialah pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman diketuai Ketua Penolong Pengarah E1, Datuk Wan Abd. Hamid Wan Mahmud; Penolong Pengarah Siasatan Inteligen dan Analisis Perundangan E6, Datuk Awaludin Jadid yang akan memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ektremis Sosial E2 dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Luar, Datuk Khariri Jaafar.

“Selain itu ialah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Politik, Datuk Mohd. Haniff Hanuddin; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perlindungan Keselamatan, Datuk Mohamed Farid Abu Hassan; Penolong Pengarah E1A, Datuk Abdul Aziz Hussin dengan jawatan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Keurusetiaan, Datuk Rosly Abas,” katanya kenyataan itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...