KUALA LUMPUR: Penglibatan rakyat Malaysia dalam
Katibah Nusantara, sebuah sel baharu yang ada kaitan dengan kumpulan miltan IS,
meletakkan polis Malaysia dalam keadaan kesiapsiagaan tahap tertinggi.
Sumber
perisikan telah mengenal pasti lebih 200 pejuang dari Indonesia dan Malaysia
yang menyertai sel tersebut.
"Sel
serpihan kumpulan pengganas ini mula dikenali dalam hierarki IS.
"Selain
dipilih untuk melakukan tugas kecil seperti kerja pembersihan, pejuang Katibah
amat dikehendaki untuk menyertai 'misi khas' termasuk sebagai penembak tepat
dan pengebom berani mati," kata sumber kepada The Star pada Sabtu.
Katibah
pernah berada di bawah pemantauan agensi perisikan dua tahun lalu ketika ia
dikenali sebagai Majmu’ah al Arkhabiliy.
Sel tersebut
yang ditubuhkan dengan 100 anggota berpangkalan di Raqqa, Syria, beroperasi
dengan model yang ditetapkan semasa perang di Afghanistan.
"Pejuang
Malaysia dan Indonesia ditempatkan di dalam sebuah kompleks pangsapuri bersama
keluarga mereka.
"Memandangkan
ia semasa perang di Afghanistan, militan dari Malaysia, Indoensia dan ada
kalanya dari Singapura berkumpul bersama-sama untuk membentuk kelompok dari
Asia Tenggara kerana bercakap dalam bahasa yang sama," kata sumber itu.
Pejuang
Katibah cuba membina kawasan perkhemahan mereka 'dekat dengan rumah'.
"Mereka
berpangkalan di Raqqa yang menggambarkan mini Malaysia atau Indonesia. Bukan
sahaja mereka bercakap bahasa yang sama tetapi mereka boleh memasak hidangan
yang sama," kata sumber lain yang memahami selok-belok operasi kumpulan
tersebut.
Anggota yang
baharu tiba di Syria kebiasaannya akan diberi latihan senjata selama sebulan.
"Jika
mereka datang bersama keluarga, keluarga mereka akan ditempatkan di sebuah
pangsapuri manakala golongan lelaki akan menjalani latihan ketenteraan,"
kata sumber itu lagi.
Menurut
kajian yang dilakukan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS),
Universiti Teknologi Nanyang, Katibah memperluaskan operasi merekrut anggota
baharu menerusi video dan risalah yang diterbitkan dalam Bahasa Melayu.
"Kempen
itu kini mencapai matlamat terbaharu dengan menggunakan kanak-kanak di
Indonesia dan Malaysia untuk menyebarkan propaganda IS terutamanya di laman
media sosial.
“Katibah
Nusantara mungkin mendapat kepentingan dalam matlamat strategik IS untuk
mewujudkan jawatan khalifah di seluruh dunia," demikian menurut kajian
itu.
Ia turut
menunjukkan pejuang yang bertutur dalam Bahasa Melayu juga disatukan atas
beberapa sebab.
Ini termasuk
beberapa fakta bahawa mereka adalah dari Asia Tenggara, kediaman kepada
sebilangan besar penduduk Islam Sunni di dunia.
Kira-kira 30
kumpulan militan di rantau ini sudah mengangkat sumpah setia kepada IS.
Pakar
perisikan memberi amaran bahawa anggota militan yang kembali ke negara
masing-masing memainkan peranan penting dalam memperluaskan operasi dan
melancarkan serangan, serupa dengan insiden yang berlaku di Jakarta, Khamis
lalu.
"Pihak
berkuasa kini lebih berwaspada dan memantau anggota militan yang pulang ke
negara masing-masing.
"Anggota
militan yang berpengalaman kembali pulang berbekalkan pengalaman dalam
pertempuran dan kepakaran mereka akan dieksploitasi sepenuhnya oleh IS,"
kata sumber perisikan.
Menurut
sumber, kepakaran pejuang yang berpengalaman dan anggota baharu direkrut selain
simpati memberi ancaman lebih berbahaya kepada rantau ini.
Dalang
kepada ancaman tersebut adalah bekas pensyarah Universiti Malaya, Dr Mahmud
Ahmad.
Dr Mahmud
dilaporkan dalam senarai individu dikehendaki kerana penglibatan dalam IS yang
merancang untuk menyatukan sel pengganas yang berbeza di Malaysia, Indonesia
dan Filipina.
Ia termasuk
menggabungkan kumpulan Abu Sayyaf dan beberapa kumpulan lain di rantau ini
secara rasmi untuk membentuk cabang IS di Asia Tenggara.
Sumber: KLIK DISINI