KUALA LUMPUR: Polis
sedang mengesan pekerja asing yang didakwa dibelasah penulis blog Papagomo atau
nama sebenarnya Wan Azri Wan Deris bagi membantu siasatan berhubung kes
berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata warga asing
itu perlu tampil membuat laporan supaya tindakan susulan dapat diambil.
"Negara ini ada undang-undang dan perbuatan Papagomo walau apa juga
alasannya, adalah salah.
"Bukan sahaja pekerja asing, binatang pun tidak
boleh diperlakukan sedemikian," katanya pada sidang media selepas
merasmikan penutup Kursus 'Training of Trainers' Bahaya Militan Islamic State,
di sini, tadi.
Baru-baru ini, video tersebar di laman sosial memaparkan Wan
Azri menendang dan menampar seorang lelaki warga asing kerana menganggu dua
wanita, termasuk adik perempuannya secara seksual.
Mengulas lanjut, Khalid
berkata, perbuatan Wan Azri bertentangan dengan undang-undang negara dan
penulis blog itu sepatutnya melaporkan kejadian gangguan terhadap adiknya
kepada polis.
Sumber: KLIK DISINI