PETALING JAYA: Seorang anggota polis trafik wanita
sedang disiasat selepas videonya didakwa memarahi pengadu menjadi viral di
media sosial.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan kejadian itu berlaku pada Ahad lepas kira-kira pukul 6 petang di kaunter polis trafik di ibu pejabat polis daerah.
Beliau berkata polis memandang serius perkara berkenaan dan telah membuka kertas siasatan tatatertib berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu katanya, polis wanita berkenaan telah dipindahkan daripada tugasnya di kaunter depan.
Menerusi kenyataan pada Rabu, Mohammad Azlin menasihatkan anggota polis untuk menunjukkan etika yang baik ketika berhadapan dengan orang ramai.
Video berdurasi lebih seminit itu menunjukkan anggota polis berkenaan didakwa memarahi orang awam yang mahu membuat aduan di kaunter.