Tentera Darat telah menghantar tiga batalion
anggota untuk meningkatkan pengawasan dan kawalan keselamatan di perairan
Sabah, kata Panglima Tentera Darat, Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed
Noor.
Beliau berkata, pasukan tambahan itu akan membantu
pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
"Ketiga-tiba batalion terbabit telah digerakkan
ke pesisir pantai Sabah dan diletakan di bawah Angkatan Tugas Bersama (ATB)
untuk memperkukuhkan lagi kawalan keselamatan Esscom," katanya.
Raja Mohamed Affandi ditemui pemberita selepas
perbarisan penghargaan kepada Panglima Pemerintahan Operasi Khusus Cawangan
Sumber Manusia Markas Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Azmy Yahya yang akan
bersara Julai ini, di Kem Bukit Cowder, Markas 30 Briged Infantri di sini, hari
ini.
Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan anggota
Tentera Darat agar tidak terlibat atau menyertai sebarang aktiviti yang
bertentangan dengan tugas hakiki mereka. - Bernama