KOTA BHARU: Seorang pelajar tingkatan tiga retak tulang leher,
dipercayai dibuli pelajar senior di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang
itu, Aiman Hazim
Zulkeflee, 15, mendakwa ditendang di leher dan dagu sehingga terjatuh sebelum pengsan oleh pelajar
tingkatan empat sekolah sama.
Mangsa yang cedera dibawa ke
Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa oleh pihak sekolah sebelum dirujuk ke Hospital
Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).
Bapa mangsa, Zulkeflee Yaacob,
50, yang bertugas sebagai pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI), Tanjung Malim, dimaklumkan mengenai kejadian menimpa anak kedua
daripada lima beradik itu oleh isterinya, Siti Noor Sidin Ahmad, 43. "Saya
bergegas pulang ke Kota Bharu untuk melihat keadaan anak saya.
"Sebelum ini dia ada ada
memaklumkan tidak mahu ke sekolah, tetapi saya tidak menyangka kejadian seperti
ini berlaku ke atas anak saya," katanya yang membuat laporan polis di Ibu
Pejabat Daerah Kota Kota Bharu.
Katanya, anaknya seorang pendiam
dan tidak pernah melakukan kesalahan atau melanggar disiplin sekolah. Jika anak
saya salah, saya rela anak dibuang sekolah tapi kalau sebaliknya, saya mahu
hukuman setimpal dikenakan terhadap pelaku berkenaan," katanya.