KAMPUNG RAJA - Polis berjaya menggagalkan hasrat
sekumpulan pemuda yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penganjuran pesta ganja yang lebih dikenali Pesta 420 di Pantai Teluk Gadong, Dungun.
Ketua Polis
Terengganu, Datuk Rosli Ab Rahman berkata, kejayaan ini ekoran penahanan empat
lelaki berusia 18 hingga 27 tahun di sebuah wakaf berhampiran kawasan pantai
tersebut kira-kria jam 5.40 petang, semalam.
Menurutnya,
penahahan suspek dilakukan hasil risikan dan pemantauan pihak polis susulan
laporan yang diterima pada 12 April berhubung viral mengenai penganjuran
pesta itu melalui media sosial.
“Hasil
pemantauan sejak jam 3 petang semalam, polis berjaya mengesan dan
memberkas empat lelaki terbabit termasuk dua suspek memakai baju bertulis
‘DAMAI’ yang dikaitan dengan Pesta 420 itu. Salah seorang daripada mereka
dibebaskan kerana saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah
manakala tiga yang lain positif dadah jenis ganja.
“Pemeriksaan
lanjut polis menemui 13 batang rokong gulung dipercayai berisi daun ganja dan
satu pakes plastik gula-gula dipercayai mengandungi dadah jenis sama dan
keseluruhan rampasan ganja itu seberat 22.3gram,” katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita di IPD Besut di sini, hari ini.
Rosli
berkata, hasil siasatan awal mendapati dua suspek berusia 24 dan 25 tahun itu
mengaku menjadi penganjur pesta berkenaan namun menafikan pemilik akaun
Instagram tersebut sementara remaja 18 tahun pula adalah pelajar sebuah
institusi kemahiran di Kuantan, Pahang.
Dalam
perkembangan lain, Rosli berkata, hasil pemantauan pihak polis bersama Pejabat
Agama Daerah dan Majlis Daerah Besut (MDB) mendapati tidak ada sebarang
aktiviti pesta ’Full Moon Beach Party’ seperti diviralnya sebelum.
Menurutnya,
biarpun begitu, pihaknya masih melakukan pemantauan di Pasir Panjang, Pulau
Perhentian Kecil itu sehingga semalam.