Rabu, 6 April 2016

Rafizi ditahan bawah OSA

KUALA LUMPUR 4 April – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) berikutan pendedahannya mengenai dokumen Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mendakwa hubungan antara 1MDB dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Rafizi ditahan di luar bangunan Parlimen kira-kira pukul 6 petang oleh 10 pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman Twitternya turut mengesahkan penahan Ahli Parlimen pandan terbabit.


Menurut beliau, pemimpin pembangkang itu ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana mendedahkan dokumen rahsia.

“@PDRMsia sahkan bahawa YB Rafizi Ramli telah ditahan sebentar tadi, di luar bangunan parlimen dan akan disiasat di bawah Seksyen 8 OSA,” katanya.

Sebelum ini, Rafizi mendakwa bahawa dia mempunyai bukti hubungan antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Setiausaha Agung PKR itu, sebelum ini mendakwa pesara tentera tidak menerima caruman LTAT mereka sejak 2014, tetapi 1MDB berkata ia tidak lagi berhutang sebarang wang kepada anak syarikat LTAT itu dan tidak boleh dipersalahkan kerana kelewatan berkenaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...