Sabtu, 7 Mei 2016

Reka cerita diculik kerana mahu wang

SERDANG – Seorang budak berusia 11 tahun sanggup berpakat bersama sepupunya untuk menipu kakak kandung sendiri dengan mendakwa dirinya diculik semata-mata mahu mendapatkan wang awal bulan lalu.
Budak warga Myanmar tersebut dipercayai bertindak sedemikian untuk mendapatkan wang bagi menanggung kos perbelanjaan berpindah ke Australia bersama sepupunya.

Kedua-dua mereka merupakan pemegang kad Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohd. Aminuddin Megat Alias (gambar) berkata, pada 24 April lalu, pihak­nya menerima laporan daripada kakak budak tersebut yang berusia lingkungan 30-an menya­takan bahawa adiknya tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu seorang rakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...