Shah Alam, 25 Okt -
Seorang lelaki yang menjadi anak kepada ahli perniagaan ditemui mati selepas menembak sendiri menggunakan senapang patah di rumah di Seksyen 9,
Shah Alam, hari ini.
Kejadian jam 5.30
petang itu, mangsa berusia 26 tahun ditemui dalam keadaan terbaring dan
berlumuran darah di dalam bilik utama rumah itu.
Ketua Polis Daerah
Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, nenek dan pembantu rumah
mangsa terdengar bunyi tembakan sebelum bergegas ke bilik berkenaan.
"Apabila membuka
pintu, mangsa sudah terbaring dan senapang patah berada di sebelahnya.
"Senjata Adalah
Milik bapanya dan mempunyai lesen," Katanya Report MyMetro .
Berdasarkan
keterangan keluarga, mangsa
kemurungan
sejak beberapa bulan
lepas.
"Kes
diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital
Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat," katanya.
Sumber: KLIK DISINI