Sabtu, 24 Mac 2018

CUBAAN PENGGANAS DAISH SERANG RUMAH IBADAH, BUNUH POLIS GAGAL


KUALA LUMPUR: Polis menggagalkan cubaan SERPIHAN KUMPULAN PENGGANAS DAISH yang berpangkalan di Johor dengan tertangkapnya enam suspek dalam operasi bersepadu antara 27 Februari hingga 15 Mac lalu.

Turut ditahan seorang
ORANG KANAN KUMPULAN MILITAN ABU SAYYAF WARGA FILIPINA yang merancang untuk melancarkan serangan di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, enam suspek yang ditahan di Johor itu merancang untuk melancarkan serangan ke atas
rumah-rumah ibadat bukan Islam dan merancang untuk menculik serta membunuh anggota polis.

“Suspek pertama berusia 37 tahun, bekerja sebagai juruteknik syarikat swasta merupakan perancang utama dalam rancangan serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam di Johor Bahru, Johor selain aktif merekrut anggota baharu dari kalangan rakyat tempatan manakala suspek kedua yang berusia 49 tahun berperanan sebagai penasihat bagi sel berkenaan.

Rabu, 21 Mac 2018

MENYAMAR JADI PEMBACA METER UNTUK MENYAMUN


DUA LELAKI MENYAMAR SEBAGAI PEMBACA METER ELEKTRIK sebelum menyamun seorang warga emas di Kampung Kok Seraya, petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa berusia 61 tahun bersama isterinya berada di dalam rumah sebelum didatangi dua lelaki dalam lingkungan umur 20-an, yang kononnya ingin memeriksa wayar elektrik.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata dua lelaki terbabit terus masuk ke dalam rumah dan berpura-pura untuk membuat pemeriksaan.
Katanya, seorang suspek kemudian merentap seutas rantai emas dari leher mangsa yang berbangsa Siam.
"Mangsa mendakwa dia kemudian diacukan objek menyerupai PISTOL, namun dia tidak dapat melihat dengan jelas senjata itu.
"Suspek kemudian mengambil beg duit dan menendang tangan kiri mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha berwarna putih ke arah Tumpat.
"Kejadian berlaku terlalu pantas dan mangsa tidak sempat mengecam wajah suspek, selain tiada saksi yang berada di lokasi kejadian.
"Pihak kami sedang memburu kedua-dua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...