KUALA LUMPUR: Polis menggagalkan cubaan SERPIHAN
KUMPULAN PENGGANAS DAISH yang berpangkalan di
Johor dengan tertangkapnya enam
suspek dalam operasi bersepadu antara 27
Februari hingga 15 Mac lalu.
Turut ditahan seorang ORANG KANAN KUMPULAN MILITAN ABU SAYYAF WARGA FILIPINA yang merancang untuk melancarkan serangan di Sabah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, enam suspek yang ditahan di Johor itu merancang untuk melancarkan serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam dan merancang untuk menculik serta membunuh anggota polis.
“Suspek pertama berusia 37 tahun, bekerja sebagai juruteknik syarikat swasta merupakan perancang utama dalam rancangan serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam di Johor Bahru, Johor selain aktif merekrut anggota baharu dari kalangan rakyat tempatan manakala suspek kedua yang berusia 49 tahun berperanan sebagai penasihat bagi sel berkenaan.

“Suspek ketiga yang
bekerja sebagai pengawal keselamatan berperanan menguruskan pembelian senjata
api dari sebuah negara jiran. Suspek telah membuat ‘recce’ ke atas rumah-rumah
ibadat yang hendak dijadikan sasaran,” katanya dalam kenyataan di sini pada
Sabtu
Berikutan itu polis
telah melancarkan operasi susulan dan menahan tiga lagi anggota kumpulan
berkenaan yang dipercayai berperanan untuk menculik dan membunuh anggota polis
serta pengantara jual beli senjata api.
Tambah Mohamad Fuzi, kesemua mereka merancang untuk melarikan diri ke negara jiran dan mendapat perlindungan daripada kumpulan pengganas negara berkenaan selepas berjaya melancarkan serangan.
Sementara itu dalam operasi yang dijalankan di Sabah, pihaknya menahan pakar peranti letupan berusia 31 tahun yang merancang melakukan serangan di negeri itu.

“Suspek adalah orang
kanan kepada Furuji Indama (Ketua Abu Sayyaf di Basilan, Selatan Filipina)
dan mempunyai hubungan dengan Dr Mahmud Ahmad (rakyat Malaysia yang telah
menyertai kumpulan pengganas Daesh di selatan Filipina).
“Suspek juga disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dalam kes penculikkan untuk wang tebusan dan beberapa siri cubaan membunuh,” katanya lagi.
Katanya sabah dijadikan sebagai tempat persembunyian bagi anggota pengganas dari Filipina.
Kesemua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Sumber: KLIK DISINI