Rabu, 30 Mei 2018

TEMBOK SEMPADAN MALAYSIA / THAILAND SUDAH USANG


TEMBOK SEMPADAN antara Malaysia dan Thailand di sepanjang Laluan Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) dilihat SUDAH USANG sehingga mampu mengundang aktiviti penyeludupan dari negara jiran ke negara ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, DATUK SERI ZULKIFLI ABDULLAH berkata, ada beberapa bahagian pada tembok sempadan terbabit sudah rosak.
“Jika dilihat tembok sempadan sepanjang 29 kilometer ini sudah lama dan usang sehingga MEMBERI ANCAMAN PENYELUDUPAN SAMA ADA PENYELUDUPAN MANUSIA DAN BARANGAN TERLARANG ke dalam negara ini.
“Jarak 29 kilometer itu membabitkan tembok sempadan di sepanjang laluan Kesban dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sehingga ke Padang Besar, Perlis,” katanya ketika ditemui pada Majlis Iftar Ramadan Pengarah KDNKA Bersama Petugas Op Wawasan Kedah dan Perlis di Pos BKC 7, Padang Besar, hari ini.
Zulkifli berkata, tembok sempadan terbabit tidak diselenggara sehingga pihaknya terpaksa menambah anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan keselamatan sempadan negara ini.
“Setakat ini pegawai dan anggota bertugas di Laluan Kesban di Sempadan Malaysia-Thailand seramai 208 orang dan 29 KILOMETER ITU TERLALU PANJANG bagi memastikan aktiviti penyeludupan dapat dikekang dengan jumlah terbabit.
“Sekiranya tembok terbabit tidak diselenggara atau ditukar, ia tidak mencukupi untuk mengawal sempadan dua negara memandangkan kes penyeludupan sering berlaku di kawasan ini (Kesban) kerana tempatnya terpencil.
“Sekiranya tembok terbabit dapat diselenggara, PGA tidak perlu menambahkan anggotanya dan rondaan dari semasa ke semasa menjadi lebih sistematik,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya berharap agar kerajaan dapat memberikan perhatian terhadap isu itu berikutan ia membabitkan keselamatan negara daripada ancaman luar.
Sementara itu, menurutnya, bermula dari awal tahun ini sehingga April lalu, anggota PGA yang mengawal di sepanjang Laluan Kesban di Perlis, Kedah dan Kelantan berjaya merampas pelbagai barangan bernilai lebih RM1.3 juta.
Katanya, antara barang dirampas terdiri daripada ketum dan senjata api, malah jumlah itu antara kejayaan terbesar buat PGA pada tahun ini.

Sumber: KLIK DISINI

Isnin, 21 Mei 2018

LIMA LELAKI DITAHAN, WANG TUNAI RM1.2 JUTA DITEMUI SEMULA


LIMA LELAKI termasuk TIGA ANGGOTA TENTERA ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan di sebuah syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang, minggu lalu.
Turut ditahan seorang bekas tentera dan seorang pemandu Grab .
Penahanan mereka dibuat susulan kejadian seorang bekas pegawai tentera berusia 38 tahun yang juga pengurus cawangan syarikat kawalan keselamatan terbabit MELARIKAN WANG TUNAI RM2.6 JUTA, yang diletakkan di sebuah bilik kebal pada 14 Mei lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, susulan kejadian pada 12.30 tengah malam, 18 Mei lalu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor membuat serbuan di Putrajaya dan menahan lelaki, 34, yang juga anggota tentera berpangkat Kapten.

Rabu, 9 Mei 2018

EMPAT PENCULIK DITEMBAK MATI DI LAHAD DATU


LAHAD DATU - Pasukan keselamatan di Lahad Datu MENEMBAK MATI EMPAT LELAKI dipercayai daripada kumpulan penculikan untuk wang tebusan (KFR) di Perairan Laut Sahabat dekat sini dan kira-kira 13.6 batu nautika dari Pulau Malamanuk Filipina, awal pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata dalam  kejadian jam 2 pagi itu,  semasa membuat rondaan jarak jauh yang melibatkan koloborasi antara Pasukan Khas Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Unit 69 Komando serta Pasukan Polis Marin (PPM) menggunakan Bot Adal 19, mereka mengesan sebuah bot dinaiki beberapa orang dalam keadaan mencurigakan bergerak laju menuju ke arah sekumpulan bot nelayan.

"Pasukan keselamatan mengambil tindakan memintas dengan lampu biru polis dinyalakan, tetapi tiba-tiba bot suspek telah melepaskan tembakan dan percikan api kelihatan dari bot suspek.

Jumaat, 4 Mei 2018

#PRU14: SERAMAI 111,702 WARGA PDRM UNDI AWAL ESOK


KUALA LUMPUR: Seramai 111,702 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengundi awal pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) esok di seluruh negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata daripada jumlah itu, seramai 5,660 pegawai dan anggota akan mengundi awal di Bukit Aman manakala selebihnya di 14 kontinjen PDRM dan Ibu Pejabat Polis di seluruh negara.

"Selain itu, turut terlibat dalam undi awal adalah 7,695 pegawai dan anggota PDRM yang telah bersara.

"Mereka ini adalah pegawai dan anggota yang belum lagi menukar daftar pemilih sebagai pengundi biasa," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Beliau berkata pegawai dan anggota terlibat akan mula mengundi mulai 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi berkata seramai 5,854 pegawai dan anggota PDRM terlibat dalam proses mengundi secara pos PRU14, termasuk 20 anggotanya yang terlibat dalam misi pengaman di Sudan mulai hari ini.

"Undi pos sudah bermula hari ini iaitu melibatkan 1,796 pegawai dan anggota di Bukit Aman manakala selebihnya di kontinjen seluruh negara.

Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...