Isnin, 21 Mei 2018

LIMA LELAKI DITAHAN, WANG TUNAI RM1.2 JUTA DITEMUI SEMULA


LIMA LELAKI termasuk TIGA ANGGOTA TENTERA ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes rompakan di sebuah syarikat kawalan keselamatan di Sungai Dua, Rawang, minggu lalu.
Turut ditahan seorang bekas tentera dan seorang pemandu Grab .
Penahanan mereka dibuat susulan kejadian seorang bekas pegawai tentera berusia 38 tahun yang juga pengurus cawangan syarikat kawalan keselamatan terbabit MELARIKAN WANG TUNAI RM2.6 JUTA, yang diletakkan di sebuah bilik kebal pada 14 Mei lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, susulan kejadian pada 12.30 tengah malam, 18 Mei lalu, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor membuat serbuan di Putrajaya dan menahan lelaki, 34, yang juga anggota tentera berpangkat Kapten.

“Hasil soal siasat, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Kuantan dan menahan suspek utama bersama lelaki berusia 30 tahun yang juga anggota tentera berpangkat Koperal pada 6.45 pagi hari sama.
“Dalam serbuan itu, polis merampas semula wang tunai sebanyak RM715,000 dalam dua buah beg,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam, hari ini.
Mazlan berkata, pasukan polis juga menahan seorang anggota tentera berpangkat Koperal di Kuantan, Pahang dan merampas wang tunai berjumlah RM100,000 dalam sebuah beg pada 8.25 pagi hari sama.
Katanya, serbuan di Sepang, Selangor pada 10 malam hari sama pula menahan lelaki, 41, yang juga pemandu Grab selain wang tunai RM427,897 bersamanya turut dirampas.
“Keseluruhan wang yang berjaya dirampas kembali setakat ini berjumlah RM1.2 juta dan polis sedang menyiasat bagi mengetahui di mana baki duit yang dirompak itu.
“Mereka kini ditahan reman sehingga 24 Mei ini untuk siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya
Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...