KUALA LUMPUR –
Pemilik akaun FACEBOOK ‘AYEA YEA’ dijatuhi hukuman 10
tahun dan 10 bulan penjara selepas
mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau.
Hukuman ke atasnya diperintah
dilaksanakan secara berasingan.
Ayea Yea didakwa di Mahkamah Sesyen
Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Sekyen 233 Akta
Komunikasi dan Multimedia (AKMM).
Manakala PEMILIK
AKAUN TWITTER @ ALVIBCHOW333 pula mengaku tidak bersalah
terhadap lapan pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.
Beliau juga didakwa di bawah Seksyen
298A Kanun Keseksaan, 505(C) dan Seksyen 233 AKMM.
Tertuduh tidak ditawarkan jaminan dan
kes disebut semula pada 5 April ini.
Dua tertuduh itu merupakan empat
pemilik akaun media sosial yang didakwa di mahkamah kerana menghina agama Islam
dan Nabi Muhammad.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad
Fuzi Harun berkata, pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut beberapa
peruntukan iaitu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama,
menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan benci membenci
atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
Selain itu, Seksyen 505(c) Kanun
Keseksaan kenyatan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak
mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan
sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.
Sekyen 233 AKMM1988, penggunaan tidak
wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.
Seorang lagi, DANNY A’ANTONIO JR. juga telah didakwa di bawah Seksyen 298A dan
Seksyen AKMM dan tertuduh tidak mengaku bersalah.
Dia tidak ditawarkan jaminan dan
sebutan kes ditetapkan pada 5 April ini.
YAZID KONG pula mengaku bersalah apabila didakwa
di bawah pertuduhan yang sama dan hukuman ke atasnya akan ditentukan pada 11
Mac ini. – MalaysiaGazette