DI TERENGGANU BILA LAGI NAK JALANKAN OPERASI BESAR2AN ??????
SUNGAI PETANI 8 Ogos - SERAMAI
16 ORANG AH LONG yang menganggotai beberapa
buah kumpulan, termasuk ada antaranya remaja berusia 15 tahun, ditahan dalam serbuan di lapan buah lokasi berbeza di
sini, semalam.
Selain remaja bawah umur, turut ditahan
dua orang wanita dalam Op Vulture, bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 3
petang.
Dalam operasi besar-besaran yang
dijalankan oleh sepasukan 20 anggota dan pegawai JABATAN SIASATAN JENAYAH
KOMERSIAL (JSJK) BUKIT AMAN DAN KEDAH itu, polis juga merampas lapan
buah kereta mewah pelbagai jenama bernilai RM2.5 juta.
Selain itu, polis merampas tiga bilah pedang samurai, enam plastik cat merah, 28
buah telefon bimbit, 16 keping cek dan sejumlah wang tunai termasuk matawang
Singapura.
Ketua JSJK Kedah, Superintenden Annuar
Amri Abd. Muluf berkata, operasi dilakukan bagi MEMBANTERAS HABIS-HABISAN
KEGIATAN BEBERAPA BUAH KUMPULAN PEMBERI PINJAMAN WANG TANPA LESEN DI NEGERI
INI, PULAU PINANG, PERLIS DAN PERAK.
"Berdasarkan siasatan mendapati
kumpulan-kumpulan ah long ini telah beroperasi lebih kurang dua tahun
lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala
Muda di sini hari ini.
Kata beliau, kumpulan-kumpulan tersebut
mengenakan pelbagai syarat kepada kakitangan kerajaan, peniaga-peniaga kecil,
peruncit dan pekerja kilang bagi mendapatkan pinjaman daripada RM5,000 hingga
RM50,000.
"Mereka yang gagal menjelaskan
bayaran mengikut masa yang ditetapkan dengan faedah pinjaman 10 peratus
sehingga 15 peratus, bakal berdepan dengan pelbagai ugutan," katanya.
Kebanyakan suspek yang ditahan tambah
beliau, tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Tambah Annuar Amri, kesemua suspek
telah dibawa ke Mahkamah Sungai Petani hari ini dan dikenakan perintah tahanan
reman sehingga 11 Ogos ini.
Katanya, kes tersebut disiasat di bawah
Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen
1951, Seksyen 29A (1) Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951, Seksyen 29B
Akta Pemberi Pinjaman Wang Tanpa Lesen 1951.
"Jika disabitkan kesalahan boleh
dikenakan hukuman denda tidak kurang dari RM250,000
dan tidak lebih dari RM1 juta atau penjara hingga lima
tahun atau kedua-duanya.
"Manakala Seksyen 29A (1) pula
denda sehingga RM20,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya dan Seksyen
29B denda maksimum RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau
kedua-duanya sekali. - UTUSAN ONLINE