Laman
sosial FACEBOOK DAN INSTAGRAM dilihat menjadi 'RUJUKAN UTAMA' PARA PENIPU, SINDIKET
ALONG dan SCAMMER bagi mendapatkan maklumat mangsa
sekali gus memudahkan operasi kegiatan haram yang dijalankan.
Pakar kriminologi, Datuk Seri Akhbar Satar berkata, rata-rata pemilik akaun Facebook
khususnya akan mendedahkan
maklumat seperti profil peribadi, latar belakang diri meliputi apa yang mereka suka
dan tidak suka, pendidikan, minat serta kecenderungan termasuk kerjaya mereka
di laman sosial tersebut.
Beliau berkata, bukan setakat itu saja, turut diletakkan pada Facebook
mereka maklumat seperti NOMBOR
TELEFON, E-MEL SERTA ALAMAT SYARIKAT selain akaun laman sosial itu
kebanyakannya adalah 'OPEN
FOR PUBLIC' iaitu
sesiapa sahaja boleh melihat maklumat tersebut.
Katanya, kesemua maklumat tersebut ialah 'big data' merangkumi keseluruhan maklumat
tentang diri seseorang dan ia MEMUDAHKAN PARA 'SCAMMER' untuk
mencari mangsa mereka.
"Daripada maklumat tersebut saja, para scammer boleh mengetahui
sama ada mangsa ini kaya atau tidak, jenis yang memerlukan perhatian, kasih
sayang atau jenis yang mudah dimanipulasi.
"Hanya tinggal untuk pilih siapa mangsa yang disukai untuk
diperdaya melalui teknik-teknik atau kepakaran yang dimiliki mereka,"
katanya kepada Sinar Harian di sini kelmarin.
Menurutnya, dalam kata lain, keterbukaan seseorang individu dalam
mendedahkan maklumat diri mereka di laman sosial khususnya Facebook, banyak
membuka ruang dan peluang kepada sindiket scammer yang didalangi warga asing
dan bergerak bersama orang tempatan yang direkrut.
Selain itu katanya, beliau percaya sesetengah maklumat
seperti nombor telefon mangsa ini DIJUAL OLEH SYARIKAT
TELEKOMUNIKASI KEPADA SCAMMER TERTENTU.