Selasa, 3 Mac 2020

5 SUDAH DITAHAN KES HINA AGONG


GEORGETOWN, 8 Rejab 1441H, Selasa – Pihak polis telah membuka 10 kertas siasatan berkaitan kes penghinaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, sehingga kini lima suspek telah ditahan manakala lima lagi baki yang terbabit kes sama masih dikesan.
“Lima yang ditahan sudah direman dan sekarang tunggulah keputusan daripada pendakwa raya.
“Kini, polis sedang mengesan yang lain dan dipercayai mereka masih berada dalam negara,” katanya kepada pemberita seperti dilapor media tempatan.
Terdahulu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun berikutan memuat naik status menghina Yang di-Pertuan Agong di Facebook, diikuti penahanan dua lelaki dari Sungai Buloh Selangor dan Sandakan Sabah, semalam.
Ketika ditanya mengenai seorang daripada suspek yang memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU), Mazlan berkata, walaupun individu berkenaan boleh mendakwa dirinya mempunyai masalah kesihatan, namun segala keputusan akan ditentukan oleh mahkamah.
“(Jika) dia pandai menulis dalam sosial media, pandailah dia jawab kepada mahkamah nanti,” katanya seperti dilapor media tempatan.
Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada masa sama, Mazlan berkata, pihaknya dalam proses memanggil penganjur perhimpunan haram di sekitar ibu negara, selepas menerima laporan mengenainya.
“Itu masih dalam tindakan dan akan dilaksanakan kerana laporan polis sudah dibuat,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...