![]() |
| Gambar hiasan |
GEORGE TOWN, 6
Mac: Polis hari ini merekod keterangan Ahli Parlimen Tanjong daripada DAP, Ng
Wei Aik berhubung kenyataannya dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang didakwa
berunsur hasutan.
Ketua Polis
Daerah Seberang Perai Utara, ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata, polis membuka
kertas siasatan mengikut Seksyen 4(1)(6) Akta Hasutan 1948.
“Kami rekod
keterangan beliau untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi pada
Jumaat.
Terdahulu, Ng
dilihat memberi keterangan selama hampir dua jam, bermula jam 4.05 petang
kepada pegawai penyiasat, ditemani peguam, Ramkarpal Singh Deo di pusat
khidmatnya, di Jalan Anson.
