Gambar hiasan |
Kuantan, 17 April - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar memberi amaran keras bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang dilihat sengaja atau cuba mencetuskan kekecohan semasa hari penamaan calon Sabtu ini.
"Mereka yang berkenaan jangan nak cari pasal, sengaja hendak buat kacau. Bagi masyarakat takut nak buat apa? Apa tujuan sebenarnya?.
"Jangan sengaja mencabar pihak polis. Polis bertanggungjawab menjaga keamanan dan ketenteraman awam, mencabar dan melawan polis adalah satu kesalahan di sisi perundangan negara," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Kontingen Pahang di sini hari ini.