Bandar Kinrara , 25 Mac 2011 - "Saya sangat terharu dengan penghargaan yang diberikan oleh Komuniti Bandar Kinrara 2 kepada pihak polis sempena penganjuran Majlis Peringatan Hari Polis Ke-204 Tahun ini," ujar YDH Supt. Abd. Razak bin Elias, Ketua Polis Daerah Serdang hari ini.
Beliau amat menghargai usaha dan inisiatif masyarakat itu sendiri (Komuniti Bandar Kinrara 2) yang menganjurkan majlis Peringatan Hari Polis ini untuk warga polis IPD Serdang.