PULAU PINANG 17 Ogos - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan hilang sejak sembilan hari lalu di Permatang Pauh di sini.
T. Sathiskumar (gambar) hilang dan gagal dikesan semasa keluar bersama datuk dan bapa tirinya ketika dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kehilangan mangsa dilaporkan kepada polis oleh ibunya, K. Parwathy, 28, pada Ahad lalu.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu hilang dalam perjalanan ke Bukit Kayu Hitam untuk menghantar bekalan jus minuman, memandangkan bapa tiri mangsa bekerja sebagai seorang pemandu lori.