Memaparkan catatan dengan label Curi Besi Penghadang dan Kabel Letrik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Curi Besi Penghadang dan Kabel Letrik. Papar semua catatan

Selasa, 9 Februari 2016

Curi Besi Penghadang Jambatan Raja Permaisuri Bainun

SITIAWAN, 8 Feb (Bernama) -- Perbuatan pihak tidak bertanggungjawab mencuri besi penghadang dan kabel elektrik dan telefon pada Jambatan Raja Permaisuri Bainun, Kampung Baru di sini telah mengakibatkan kerugian lebih RM500,000.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata sehubungan itu beliau telah meminta polis menubuhkan jawatankuasa bagi membanteras perbuatan itu dan memburu kumpulan atau individu yang melakukan perbuatan jenayah itu.

"Kita tidak boleh membiarkan mereka merosakkan harta benda awam," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan di jambatan itu Isnin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...