KUALA LUMPUR 14 Julai - Insiden serangan di Pulau Mabul,
Semporna, Sabah, kelmarin yang mengorbankan seorang anggota polis marin
manakala seorang lagi diculik didakwa ada kaitan dengan kumpulan yang setia
dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata,
mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati apabila dipinggirkan
daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa
kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.
