BEGINILAH keadaan kereta yang dinaiki empat anggota polis yang rosak akibat diserang kumpulan samseng. |
20 samseng tetak kereta polis
IPOH - Empat anggota polis cemas apabila kereta mereka diserang oleh kira-kira 20 samseng yang bersenjatakan parang dan pedang samurai di Kawasan Perusahaan Menglembu di sini Rabu lalu.
Kejadian berlaku pukul 1.15 pagi semasa anggota polis itu cuba menghalang kumpulan dikenali sebagai Geng 08 Vinod itu yang dalam perjalanan untuk menyerang sebuah kumpulan samseng lain.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, Geng 08 Vinod yang menunggang motosikal itu bertindak ganas dengan menetak kenderaan polis tersebut berkali-kali menyebabkan cermin hadapan dan sisi pemandu pecah.
“Dalam keadaan kelam-kabut itu, salah seorang anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan amaran ke udara.