Putrajaya, 20 Jun - Kementerian Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan bengkel dalam waktu terdekat bagi memperincikan
'omnipresence' iaitu kehadiran pihak polis di sekolah
bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan mampu mengawal kadar jenayah.
Timbalan Menteri Pendidikan Chong Sin
Woon berkata bengkel itu akan turut membincangkan bagaimana untuk melihat
semula peranan pegawai perhubungan sekolah (PPS) untuk membantu menangani masalah disiplin di sekolah.
"Kalau boleh wujudkan memorandum
persefahaman selepas bengkel kita akan lihat," katanya kepada pemberita
selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan
dan PDRM Dalam Memperkasakan Peranan PPS di kementeriannya di sini hari ini.
