Kota Baharu, 17 Nov - Polis telah
mengenal pasti seorang lelaki disyaki terbabit kes cuba melarikan kanak-kanak perempuan
berusia 10 tahun di Kampung Aril,
Melor di sini pada Jumaat lalu dan sudah mengedarkan lakaran wajah atau
'fotofit' suspek berusia lingkungan 20-an itu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata suspek
berbadan kurus tinggi, menggunakan dialek
Kelantan dan menaiki kereta Proton Saga lama.
Setakat ini hanya seorang suspek dikenal pasti, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
