Memaparkan catatan dengan label Kopral Polis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kopral Polis. Papar semua catatan

Sabtu, 12 April 2014

Koperal berdepan dua tuduhan rasuah


KUANTAN - Seorang anggota polis berpangkat Koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini semalam bagi menghadapi dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM590 sebagai dorongan mengubah keputusan ujian air kencing dua lelaki disyaki penagih selepas mereka didapati positif dadah.

Tertuduh, Ridzuan Kun-chin, 32, dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Balai Polis Raub  bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas dua tuduhan dihadapinya, semalam.

Hakim Nik Nasimah Nik Muhammad membenarkan lelaki berketurunan Kadazan itu dibebaskan dengan jaminan RM3,000 manakala kes akan disebut semula 8 Mei depan.

Berdasarkan tuduhan pertama dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Jenayah Malaysia (SPRM), Shafinas Shabudin, tertuduh didakwa bersetuju menerima suapan RM300 daripada seorang penagih sebagai dorongan untuk mengubah keputusan ujian air kencing.

bagi mengelak lelaki itu dituduh di mahkamah atas kesalahan mengambil dadah mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah berbahaya 1952.

Manakala bagi tuduhan kedua, tertuduh menerima suapan RM290 daripada seorang lelaki lain bagi tujuan serupa.

Kedua-dua kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM itu dilakukan antara 2 November hingga 31 Oktober 2013 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Ulu Renggol, Raub.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau satu jumlah yang paling tinggi bagi setiap tuduhan.

Jumaat, 20 Julai 2012

Koperal didakwa sebabkan kematian rakan sekerja


Gambar hiasan

KLANG - Koperal Mohd Sedi Mat, 51, dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kematian rakan setugas Koperal Mustaghni Tabri, 48, ketika terlibat dalam operasi mencegah lumba haram di Jalan Lingkungan Uda Pelabuhan Klang di sini, bulan lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dikenakan ikat jamin RM4,000 oleh Majistret Hurman Hussein.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 8 September depan sementara menunggu laporan bedah siasat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...