KUANTAN: Polis
menahan seorang lelaki yang mempromosi serta menjual mercun melalui laman
sosial Facebook dalam satu serbuan di rumahnya di Beserah di sini petang
Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan
Md Isa berkata akaun Facebook yang menggunakan nama 'Adam Danial' itu dikesan
mempromosi bahan terlarang berkenaan pada 8 Julai lepas.
"Susulan itu polis telah menjalankan siasatan sebelum
berjaya menahan suspek, 29, di rumahnya kira-kira 1.15 petang Khamis.
