KUALA LUMPUR, 17 Julai - Majlis Pelancaran Op Selamat siri ke- 5 bagi tahun 2014 itu telah berlangsung di Ibu Pejabat TM, Menara TM pagi tadi dan telah dilancarkan oleh Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar.
Bertemakan "Rumah Selamat dan Sampai ke Destinasi" yang akan bermula pada 21 Julai hingga 3 Ogos ini diteruskan bagi mempertingkatkan lagi mesej keselamatan dari tahun sebelumnya di mana kempen ini turut menekankan aspek keselamatan kediaman semasa ketiadaan mereka di rumah sepanjang cuti perayaan Aidilfitri.