Polis kawal trafik, keselamatan tidak sertai perbarisan
SHAH ALAM 1 Sept. - Polis Selangor tidak menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri di Dataran Kemerdekaan di sini pada malam 30 Ogos lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, ini kerana pihaknya bertugas mengawal trafik dan menjaga keselamatan pada malam tersebut.
Beliau berkata, sejak daripada awal pun, pihak polis memang tidak menyertai latihan untuk perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri.
"Jadi kami hanya menjaga keselamatan dan mengawal trafik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.