Lahad Datu, 5 April - Lima jawatan utama menerajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) yang membabitkan tiga elemen utamanya iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Awam.
Berkuat kuasa semalam, jawatan Pengarah untuk menerajui ESSCOM dinaikkan kepada Ketua Pengarah dengan dibantu empat Pengarah yang mengetuai empat bahagian.
Ketua Pengarah ESSCOM Datuk Mohammad Mentek berkata perubahan dibuat pada mesyuarat jawatankuasa penyelarasan ESSCOM semalam yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara Datuk Dr Ali Hamsa.