Memaparkan catatan dengan label Pecah Mesin ATM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pecah Mesin ATM. Papar semua catatan

Khamis, 22 Mei 2014

TEMPOH 5 MINIT - RM165,000 DILARIKAN 4 SUSPEK


BESUT - Sekumpulan empat penjenayah bertopeng mengambil masa hanya lima minit untuk melarikan wang tunai RM165,000 selepas bertindak menarik keluar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank dekat bandar Jertih di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 5.45 pagi hingga jam 6 pagi sebelum disedari seorang pengawal keselamatan yang bertugas meronda di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pengawal keselamatan terbabit mendapati sebuah mesin ATM berada di atas jalan depan bank tersebut, manakala pintu cermin ruang mesin ATM itu pecah berselerak.

“Hasil pemeriksaan kamera litar tertutup (cctv) mendapati, empat suspek menggunakan kereta Proton Waja dipercayai untuk menarik dan memecahkan mesin ATM itu sebelum melarikan wang tunai yang ada,” katanya.

Isnin, 16 Disember 2013

Perompak larikan RM270,000 wang ATM di Cheras

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Tiga penjenayah melarikan wang tunai RM270,920 selepas memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya di Taman Cheras Utama, Batu 9, Cheras di sini.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, kumpulan itu dipercayai menggunakan gas oxy-acetylene untuk memecahkan mesin ATM milik dua bank berlainan berada pada jarak 15 meter antara satu sama lain.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritenden Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian itu seorang penyelia pengawal keselamatan pasar raya tersebut pada 7.10 pagi.
"Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), ketiga-tiga suspek lelaki itu didapati tidak memakai topeng muka tetapi rakaman itu kabur.
"Namun, mereka kelihatan begitu mahir ketika melakukan rompakan itu," katanya.
Siasatan awal mendapati ada kesan terbakar di kedua-dua mesin ATM itu.
"Kita turut menemui sebatang skru drebar dan empat kesan tapak kasut ditempat kejadian," jelasnya.
Pasar raya itu hanya menggaji pengawal keselamatan dari 7 pagi hingga 10 malam setiap hari. - Bernama

Rabu, 3 April 2013

Geng Oxy Dipercayai Larikan RM300,000 Dari Mesin ATM


KUALA LUMPUR: Sekumpulan penjenayah dipercayai anggota Geng Oxy memecah sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan sebuah mesin deposit tunai dari sebuah bank di bangunan IME, Jalan Medan Pasar di sini Selasa sebelum melarikan wang kira-kira RM300,000.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata kejadian hanya disedari pada pukul 7.45 pagi tadi selepas penyelia bangunan mendapati mesin-mesin tersebut telah dipotong menggunakan gas Oxy-acetylene dan penukul.
"Kami mengesan tiga suspek terlibat, melalui rakaman CCTV," katanya ketika dihubungi Bernama. -BERNAMA

Sabtu, 16 Mac 2013

SEKUMPULAN PENJENAYAH PECAH, BAKAR ATM DI KOTA KEMUNING SEBELUM LARIKAN RM87,000


Shah Alam, 15 Mac - Sekumpulan penjenayah bertindak nekad memecah dan membakar sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di dalam sebuah pasar raya di Kota Kemuning sebelum melarikan wang tunai kira-kira RM87,000.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata dalam kejadian yang dipercayai berlaku awal pagi ini, kumpulan penjenayah itu menggunakan gas Oxy-acetylene untuk memecah mesin ATM bagi mengambil wang tunai di dalamnya.

"Kita menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.30 pagi daripada orang awam yang memaklumkan pasar raya terbabit dipecah masuk, dan mesin ATM turut dipecah dan dibakar," katanya kepada pemberita hari ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...