PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengurus jualan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam industri aksesori dan perkhidmatan kenderaan disyaki menyeleweng dana projek syarikat bernilai lebih RM1.7 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan pagi tadi dan dibawa ke ibu pejabat SPRM untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata siasatan awal SPRM mendapati wujud kesalahan menerima rasuah bernilai lebih RM1.7 juta apabila beliau mencadangkan kontraktor terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan bagi projek pengubahsuaian bengkel kenderaan.
