LAHAD DATU: Datuk Seri Najib Razak hari ini memberi amaran
kepada pihak luar supaya berhenti
mencabar kedaulatan Sabah dengan
menegaskan negeri itu sudah merdeka dalam Malaysia sejak 1963.
Menganggap
tuntutan pihak luar ke atas Sabah sebagai bukan isu, Perdana Menteri berkata,
status Sabah dalam Malaysia sudah diputuskan pada tahun 1963 menerusi pungutan
suara dan Suruhanjaya Cobbold yang diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB).
"Dari segi
undang-undang antarabangsa, tidak ada sesiapa boleh persoalkan. Oleh itu saya
anggap ini bukan isu. Saya hendak menyatakan bumi Sabah ini kita tetap
pertahankan, Sabah merdeka dalam Malaysia.
