Melaka, 8 Mei - Polis hari ini mengingatkan
orang ramai di Melaka agar tidak terlibat dengan penyebaran kenyataan berunsur
hasutan melalui SMS atau media sosial bagi memecahkan perpaduan kaum di negara
ini.
Ketua Polis Melaka Datuk
Chuah Ghee Lye berkata pihaknya mengesan penyebaran SMS dan di laman sosial
mengenai hasutan bersifat perkauman dalam bahasa Cina yang diterjemah ke bahasa
Melayu bertujuan menaikkan kemarahan kaum Melayu di negeri ini.
"Saya percaya khabar
angin berbaur hasutan ini disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan
mempunyai keinginan untuk mencetuskan huru-hara di negara kita ini kerana tidak
berpuas hati dengan pilihan raya lepas," katanya pada sidang akhbar di
sini hari ini.