GEORGE TOWN: Kereta Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Oh Tong Keong disimbah cat merah manakala cermin bahagian depan dan belakang dipecahkan individu tidak dikenali, dipercayai bermotifkan politik.
Oh berkata, insiden itu berlaku di tempat letak kereta pejabat Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Penang Free, Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, pada 3.10 petang.
Difahamkan semasa kejadian, Oh sedang berbincang mengenai program parti di sebuah restoran berhampiran bersama dua rakannya.