Memaparkan catatan dengan label Sebatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sebatan. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Mei 2012

Curi syampu: Pengawal dihukum penjara, sebatan


Image Detail
KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan yang mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau, hari ini dihukum penjara dua bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah mencuri empat botol syampu.
Majistret Parvin Hameedah Natchiar memerintahkan Zainal Alam Osman yang juga penghidap HIV menjalani hukuman itu dari tarikh tangkap semalam.
Zainal Alam, 52, mengaku mencuri empat botol syampu yang kesemuanya bernilai RM62.70 di premis rangkaian Watson, Desa Setapak, Seksyen 2, Wangsa Maju, Sentul di sini pada 6 petang, 24 Mei lepas.
Duda kepada dua orang anak yang berusia 13 dan 15 tahun, didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda atau boleh dikenakan sebatan. – BERNAMA

Jumaat, 11 Mac 2011

Penjara 9 tahun, 13 sebatan

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 13 sebatan terhadap bekas pemandu bagi dua kesalahan memiliki dadah empat tahun lepas.
Bagi kesalahan pertama tertuduh A. Rejini Ganth, 34, dihukum penjara sembilan tahun dan 10 sebatan manakala kesalahan kedua hukuman penjara tiga tahun dan tiga sebatan.
Bagaimanapun hakim Nurmala Salim mengarahkan hukuman penjara dijalankan serentak dari tarikh ditangkap.
Bagi tuduhan pertama dia didakwa memiliki heroin seberat 23.5 gram dan monoacetylmorphines seberat 30.3 gram di sebuah bilik bernombor 6224, Hotel Pearl View, Seberang Perai pada 5.25 petang, 19 Sept 2007.

Rabu, 9 Mac 2011

Samun remaja: Dua rakan dipenjara, sebat

ALOR SETAR – Dua pemuda, masing-masing dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan enam sebatan, manakala rakannya dipenjara sembilan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah melakukan samun berkawan terhadap dua remaja tahun lalu.
Syed Anuar Syed Mohd Arus, seorang peniaga air, dan Mohd Fazry Mohamad yang menjadi penjaga tempat letak kereta dituduh secara bersama melakukan samun berkawan sebuah telefon bimbit bernilai RM200 ke atas dua orang di tepi jalan berhampiran jambatan Simpang Kuala di sini pada 24 Oktober tahun lalu, pukul 2 pagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...