KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Cubaan menyeludup heroin seberat 1.4kg, yang dianggarkan bernilai RM40,000 menggunakan khidmat penghantaran bungkusan ke luar negara, tumpas apabila pekerja syarikat tersebut mengesan dadah itu.
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abd Razak Elias berkata dua lelaki warga Afrika datang menghantar dadah itu yang dimasukkan ke dalam dua bungkusan dan dialamatkan ke sebuah wilayah di China.
Beliau berkata bungkusan pertama dirampas pada Sabtu lepas kira-kira 2.30 petang membabitkan bungkusan yang mengandungi sebuah beg tangan serta beberapa dompet duit.