
MIRI: Polis memberi amaran kepada pemilik senjata buatan sendiri untuk menyerahkannya sebelum mereka ditahan atas kesalahan memiliki senjata, mengikut Akta Senjata Api 1971.
Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong berkata berdasarkan maklumat yang diterima, terdapat banyak senjata buatan tangan di sekitar kawasan Bekenu dan Batu Niah.
"Mereka yang memiliki senjata buatan tangan boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 14 tahun mengikut akta itu. Jadi lebih baik pemilik menyerahkan sebelum kita buat tangkapan. Kami amat serius mengenai isu ini," katanya.