| Harliah cedera di belakang badan akibat terkena peluru penabur yang dilepaskan pemburu |
ALOR GAJAH - Seorang suri rumah nyaris maut selepas terkena peluru penabur yang dilepaskan sekumpulan pemburu di jalan Bukit Tinggi, Tanjung Bidara, di sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Harliah Bakar, 43, sedang leka menjahit dalam bilik bahagian tepi rumah sebelum tersentak sebaik terasa ada objek tertusuk di bahagian belakang bahu sebelah kiri badannya.
Difahamkan, peluru penabur berkenaan terkena pada badan mangsa selepas tiga lelaki yang sedang memburu babi hutan melepaskan tembakan dan terkena pada cermin dan dinding bilik tempat mangsa sedang menjahit pakaian.