Kota
Kinabalu, 19 Julai - Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul
Rahman mengisytiharkan perintah berkurung di kawasan perairan pantai timur
Sabah bermula dari Tg Pundaras, Sandakan hingga ke Jeti Tawau berkuat kuasa
hari ini hingga 2 Ogos ini.
Ia
bermula pukul 6 petang hingga 6 pagi.
Beliau
berkata kawasan perintah berkurung
bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan
melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh
362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121, 270 batu nautika persegi.