Memaparkan catatan dengan label Tommy Thomas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tommy Thomas. Papar semua catatan

Ahad, 23 Februari 2020

#LTTE:: ADAKAH PERLU DIBIARKAN TOMMY THOMAS MEMPERLEKEHKAN TINDAKAN PDRM?


NAMPAKNYA dari hari ke hari pihak berkuasa terpaksa berhadapan dengan pelbagai ‘cabaran’ dalam usaha mereka membanteras dan membendung kegiatan keganasan di negara kita.
Dari hati yang paling tulus, kita berharap semua pegawai dan anggota Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas khususnya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amnya, JANGAN KECEWA ATAU PATAH SEMANGAT dengan tindakan mana-mana pihak yang seolah-olah memperlekehkan usaha serta memperkecilkan tindakan anda dalam memerangi keganasan ini.
Pengganas dan elemen-elemen di dalamnya tak pernah mati walaupun secara zahirnya mereka seolah-olah terkubur. Meletak senjata bukan bermakna mereka ‘menyerah’ ideologi.
Bahkan sokongan yang bukan berbentuk ‘senjata’ juga sebenarnya tak kurang bahayanya, malah terus terang saya katakan – LEBIH BAHAYA.
Penggunaan senjata kita boleh lihat darahnya, tetapi penggunaan ‘SOKONGAN DAN SIMPATI’ itu kesannya pergi lebih jauh, apatah lagi bila ia mula meresap dalam pemikiran dan pegangan.
Pengganas tidak hanya guna peluru dan bom untuk menghalalkan perbuatan mereka, tetapi mereka tidak akan ragu-ragu menyebarkan dakyah dan propaganda mereka dengan menggunakan orang awam termasuk kanak-kanak yang tak tahu apa-apa.
Paling menyedihkan, mereka menggunakan agama dan bangsa untuk ‘mengaburi’ perbuatan keji mereka kerana mereka tahu hanyalah dua perkara inilah paling berkesan untuk mempengaruhi serta menambahkan sokongan terhadap kumpulan masing-masing.
Pada yang mudah terpedaya, mereka akan menjanjikan ‘syurga’, pada yang mudah tertipu, mereka akan menjanjikan kemahsyuran.
Bila kita tersedar, ia sudah terlambat.
Rakyat yang tidak berdosa telah dibunuh, dibom, diseksa…anak-anak menjadi yatim piatu, isteri-isteri menjadi balu dan sebagainya.
PDRM SELAMA INI TELAH MELAKUKAN TUGAS DENGAN PENUH CEMERLANG sehingga boleh dikatakan tiada langsung pengeboman termasuk pengeboman berani mati yang terjadi di negara kita yang tercinta.
Mereka telah berjaya memintas perbualan, mereka telah berjaya menghidu pergerakan, mereka telah berjaya menafsir setiap kod rahsia dan pergerakan pengganas, malah mereka telah berjaya menumpaskan setiap elemen keganasan yang ada sebelum sempat ‘puak-puak’ ini melancarkan serangan!
Begitulah hebatnya PDRM dalam hal ini.
Bukannya mereka tidak dikritik, bukannya mereka tidak dibidas, dihentam, dicaci dan sebagainya, tetapi mereka tetap istiqamah kerana mereka tahu, kalau bukan mereka, siapa lagi yang mahu melakukannya?
Sehingga kini KLCC masih teguh berdiri, masjid, gereja dan kuil masih tidak terusik, sekolah, pusat membeli belah, pejabat masih elok berada ditempatnya tanpa sedikit pun ‘diusik’ walau sebutir peluru, kerana apa?
Ini kerana kita masih ada manusia yang MEMEGANG TEGUH PANJI-PANJI SANG SAKA BIRU dan bersumpah untuk berkorban demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.
Semoga segala ‘cabaran dan kesulitan’ yang dihadapi tidak mematahkan semangat warga PDRM demi memastikan negara ini bebas daripada ancaman tangan-tangan kotor yang sentiasa mahu mencari ruang untuk memporakperandakan tanah air yang tercinta ini.
Ingat, keamanan yang kita kecapi sekarang bukan murah harganya.
Berapa ramai anggota polis dan tentera yang terkorban kerananya.
Peristiwa pencerobohan di Lahad Datu menyaksikan ramai warga keselamatan yang terbunuh, mayat mereka dirobek hingga terburai usus dan terkeluar biji mata, adakah kita lupa?
Jangan ambil mudah elemen keganasan walaupun sekadar memberi sumbangan atau menzahirkan rasa simpati. Ini kerana bermula daripada benda sekecil itulah, ia akan merebak kepada serangan dan pengeboman berani mati.
JANGAN PATAH SEMANGAT PDRM, CABARAN MEMATANGKAN, UJIAN ITU MENDEWASAKAN.
Teruslah gemilang Sang Saka Biru, itu doa kami! – MalaysiaGazette.

Isnin, 29 April 2019

TOMMY THOMAS PATUT DIPECAT SECEPAT MUNGKIN


KUALA LUMPUR – Agak pelik bagi TOMMY THOMAS YANG DIUAR-UARKAN SEBAGAI PAKAR PERLEMBAGAAN sebelum menjadi Peguam Negara tidak tahu kandungan ucapan rakannya, Dr. Syed Husin Ali pada Forum Awam & Statut Rom pada Sabtu lalu bersifat menghasut.
Lagi pelik apabila Tommy yang dilantik memegang jawatan itu atas perkenan Yang di-Pertuan Agong boleh bersama dalam majlis yang dianggap sebagai jenayah terhadap Raja-Raja Melayu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau dimaklumkan BERPULUH-PULUH LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT terhadap ucapan tersebut.
Katanya, forum yang diadakan di Universiti Malaya (UM) itu sepatutnya membincangkan secara ilmiah mengenai ratifikasi Statut Rom TETAPI SEBALIKNYA MENJADI PLATFORM MENGHASUT KEBENCIAN RAKYAT KEPADA RAJA-RAJA MELAYU.
“Mereka juga menghina empat pakar perundangan yang mendedahkan bahaya Statut Rom kepada Majlis Raja-Raja,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Kata Ahmad Amzad, dalam forum itu, Dr. Syed Husin telah mengucapkan kata-kata menghasut betul-betul di hadapan Tommy dengan membangkitkan isu perbelanjaan Raja-Raja yang ditanggung rakyat.
TUDUHANNYA SANGAT BERAT seperti menyatakan keturunan raja diangkat oleh British dan semakin meluas menentang serta menceroboh Perlembagaan.
“Apabila TOMMY MEMBIARKAN SAHAJA PENGUCAPAN BERBAUR PENGHINAAN itu, secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Peguam Negara.
“Sekurang-kurangnya, beliau perlu menegur dan membetulkan kenyataan tersebut atas kapasiti Peguam Negara.
“Sama seperti beberapa hari lalu, Perdana Menteri menyatakan Perlembagaan Negeri Johor dan Terenggganu terbatal apabila Malaysia ditubuhkan, saya sudah bangkitkan di mana peranan Peguam Negara untuk menasihati kerajaan sehingga timbul dakwaan baharu yang sangat menyeleweng ini,” katanya.
Beliau menjelaskan, berdasarkan prestasi yang ada, Tommy dilihat menjadi liabiliti kepada kerajaan dan mencetuskan rasa kurang senang rakyat dalam isu membabitkan negeri, Raja-raja Melayu dan Islam.
MELAINKAN PAKATAN HARAPAN (PH) SUDAH BERSEDIA UNTUK KALAH PILIHAN RAYA UMUM KE-15 (PRU15) ini.
“Sekali lagi saya tegaskan, TOMMY PATUT DIPECAT kerana mengekalkan beliau sebagai Peguam Negara hanya membenarkan lebih banyak kerosakan berlaku terhadap negara,” katanya.
Rujukan: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...