| Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan samseng cedera ditembak selepas menyerang pasukan polis yang cuba menahannya kerana terbabit dalam pergaduhan di sebuah pangsapuri di Pandan Perdana, dekat sini, Isnin lalu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Md Nazri Zawawi, berkata sebelum itu polis menerima laporan mengenai pergaduhan dua kumpulan di kawasan pangsapuri berkenaan 1.15 pagi sebelum menghantar sepasukan lapan anggota ke tempat kejadian.