Selasa, 4 September 2012

Anggota polis ditahan khayal dadah

DI kawasan inilah seorang anggota polis bersama 46 pengunjung sebuah pusat hiburan ditahan dalam operasi di Jalan Ipoh, semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang anggota polis seolah-olah tidak serik mengambil dadah walaupun pernah ditahan atas kesalahan sama apabila dia sekali lagi dicekup ketika sedang berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Ipoh, Batu 4 1/2, Sentul di sini semalam.
Anggota polis berusia 30 tahun yang pernah digantung tugas selepas didapati positif dadah tersebut ditahan bersama 46 individu lain yang turut berada di premis berkenaan pada pukul 2.30 pagi.
Difahamkan, ketika serbuan, lelaki berkenaan sedang berhibur bersama tiga rakan lelaki dan seorang wanita di dalam sebuah bilik di premis itu.

KPN beri amaran keras


KUALA LUMPUR 2 Sept. - Tindakan segelintir pihak membawa bendera 'baru' pada malam sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini jelas cuba membelakangkan kedaulatan dan undang-undang negara.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras dan meminta penganjur perhimpunan tersebut tampil membantu siasatan sebelum tindakan lebih tegas diambil terhadap mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar (gambar) menegaskan, perbuatan kumpulan itu cuba memecah-belahkan perpaduan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam.

Wang tunai jadi duit syiling


duit syiling
JOHOR BAHRU – Mangsa pecah rumah di Taman Munsyi Ibrahim, di sini kesal apabila tiga beg berisi wang tunai dan barang kemas hanya diisi dua botol berisi duit syiling dan tiga botol air burung walit ketika membuat tuntutan di balai polis Tampoi.

Mangsa, Lim Kok Yong, 58, berkata, kejadian rumahnya dipecah masuk kira-kira jam 8.45 malam pada 19 Mei lepas ketika dia bersama empat ahli keluarga lain menghadiri jamuan di Singapura.

Menurutnya, ketika pemeriksaan dia mendapati wang tunai berjumlah RM23,000 dan AS$1,500 telah hilang termasuk barang kemas yang berharga lebih kurang RM80,000, empat telefon bimbit, dua botol besar berisi duit syiling dan buku akaun bank.

Rumah pegawai polis dipecah masuk, alami kerugian RM20,000


Amarthalingam
AYER TAWAR - Seorang pegawai polis mengalami kerugian kira-kira RM20,000 apabila rumahnya di Taman Permata di sini, dirompak malam kelmarin.
Mangsa, M D Amarthalingam berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan sanak saudara di Kuala Lumpur.
Menurutnya, dia sekeluarga terkejut apabila mendapati rumah mereka dalam keadaan berselerak setelah pulang dari majlis berkenaan pada jam 6 petang, semalam.
“Kami sekeluarga ke Kuala Lumpur pada Khamis lalu dan pulang semalam.

Gambar mereka yang dikehendaki Polis


Polis menyiarkan 11 keping gambar individu yang terlibat dalam Himpunan Janji Bersih
KUALA LUMPUR- Polis Kuala Lumpur melalui laman Facebook hari ini menyiarkan 11 keping gambar yang dirakam pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lepas.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata orang ramai yang mengenali individu dalam gambar tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat kepada polis.
   
Mereka boleh berbuat demikian kepada mana-mana pegawai polis, balai polis atau Hotline Polis Diraja Malaysia di talian 03-20319999 atau Hotline Polis KL di talian 03-21159999.
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...