Isnin, 10 Disember 2012

Dakwaan Rogol Hanya Tohmahan - Timb Ketua Polis P.Pinang

Gambar hiasan

BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang pada Ahad menyanggah laporan seorang wanita Indonesia yang mendakwa dirogol dua anggota polis di Taman Limau Manis, Bukit Tengah, pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pemeriksaan perubatan dan siasatan awal mendapati wanita berusia 26 tahun itu bukan sahaja tidak dirogol dan dipukul, bahkan tiada anggota polis yang digambarkannya bertugas pada waktu kejadian.
"Saya menafikan kejadian itu dan ini adalah satu tohmahan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama kepada anggota saya di Pulau Pinang," katanya kepada Bernama, di sini.

Ahad, 9 Disember 2012

Lapan Kakitangan Kuin Buat Laporan Polis Berhubung Dakwaan Pecah Amanah


ALOR SETAR: Lapan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pada Sabtu membuat laporan polis berhubung dakwaan pecah amanah di kolej universiti milik kerajaan Kedah itu.
Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini pukul 9 pagi ini.
Laporan itu dibuat atas kekesalan dan perasaan tidak puas hati kakitangan Kuin kerana berlakunya pecah amanah dalam mengurus kewangan Kuin dan kakitangannya.
Mereka mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran wang pekerja kepada agensi pihak ketiga seperti bank, insurans dan institusi kewangan yang lain sedangkan wang pekerja telah diambil dan potongan dilakukan dalam slip gaji mereka.

Sabtu, 8 Disember 2012

Suri rumah ditikam pencuri


Suri rumah ditikam pencuri
IPOH - Seorang suri rumah menerima 15 jahitan di lengan kirinya selepas ditikam seorang pencuri yang memecah masuk kediamannya di Taman Pengkalan Barat, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 1 petang itu, Siew Lin (bukan nama sebenar), 32, yang sedang menonton televisyen sendirian dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di bahagian atas rumahnya.

Menurutnya, seorang lelaki tidak berbaju memecah masuk rumahnya melalui siling di salah satu bilik rumahnya.

Mayat Sub Kontrektor Warga Cina dijumpai mati dibunuh


Lokasi di mana mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap, petang kelmarin.
JEMPOL - Aktiviti harian seorang penduduk Orang Asli untuk mencari hasil hutan di kawasan ladang dekat sini, terbantut seketika apabila dia menjumpai mayat tertiarap, lewat petang kelmarin.

Mayat lelaki itu dipercayai warganegara China, Zhou Qi Hua, 46, merupakan sub kontrak sebuah syarikat dekat sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, mayat itu ditemui seorang penduduk Orang Asli yang ketika itu sedang mencari hasil hutan di belakang rumah pekerja dekat kawasan ladang kelapa sawit, kira-kira jam 6 petang.

Menurutnya, sejurus melihat mayat itu, penduduk Orang Asli berkenaan bergegas keluar dari ladang sebelum memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk lain.

Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal


Musa: Tidak mustahil 13 Mei berulang jika politik samseng gagal dikawal
SHAH ALAM - Situasi politik pada masa ini mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng kerana disebabkan wujudnya politik kebencian yang dipupuk sesetengah ahli politik.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, jika pemimpin tidak mampu mengawal tindak-tanduk penyokong masing-masing, tidak mustahil peristiwa 13 Mei akan berulang.

“Ini kerana hate politics atau politik kebencian telah mewujudkan generasi bertindak ala samseng. Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, ini yang berlaku,” katanya, semalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...